Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan
dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa.
Baginda diutus kepada kaum Bani Israil
dengan kitab Injil yang diturunkan
sebelum al-Qur'an. Di dalam al-Qur'an, Nabi Isa disebut
dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa
putera Mariam, putera Mariam, dan al-
Masih. Ibunya seorang yang sangat dimuliakan
Allah. Dia memilihnya di atas semua
perempuan di semua alam. Firman-Nya,
"Dan ketika malaikat-malaikat berkata,
'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan
membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua
alam'" (3:42). Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu
ujian yang amat berat daripada Allah. Dia
dipilih untuk melahirkan seorang Nabi
dengan tanpa disentuh oleh seseorang
lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang
suci. Kelahiran Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu
mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa.
Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur'an.
Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan
malaikat kepada Mariam atas perintah
Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan
malaikat membuat Mariam menjadi takut
lalu berkata, "Aku berlindung pada Yang Pemurah
daripada kamu, jika kamu bertakwa
(takut kepada Tuhan)!' Dia (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah
seorang rasul yang datang daripada
Pemelihara kamu, untuk memberi
kamu seorang anak lelaki yang
suci.'" (19:18-19) Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa
malaikat yang datang itu telah memberi
nama kepada putera yang bakal dilahirkan.
Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa)
akan menjadi terhormat di dunia dan
akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi: "Wahai Mariam, Allah menyampaikan
kepada kamu berita gembira dengan
satu Kata daripada-Nya, yang
namanya al-Masih, Isa putera
Mariam, terhormat di dunia dan di
akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan." (3:45) Kemudian Mariam bertanya, "Bagaimanakah aku akan ada seorang
anak lelaki sedang tiada seorang
manusia pun menyentuhku, dan bukan
juga aku seorang jalang?" (19:20) Malaikat menjawab, "Dia (Allah) berkata, 'Begitulah;
Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu
mudah bagi-Ku; dan supaya Kami
membuat dia satu ayat (tanda) bagi
manusia, dan satu pengasihan
daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:21). Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih
enam ratus tahun sebelum Nabi
Muhammad dilahirkan. Allah membuat
Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi
manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan
kebesaran-Nya (23:50). Allah juga menyatakan bahawa Nabi Isa
adalah seperti Adam, walaupun Adam
diwujudkan tanpa ibu dan bapa. Kesamaan
mereka berdua adalah pada ciptaan.
Kedua-duanya dicipta daripada tanah
(3:59). Itu menunjukkan mereka adalah manusia biasa, kerana manusia dicipta
daripada tanah. Kerasulan dan Kenabian Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang
Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul
telah dilebihkan Allah daripada rasul-
rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata
kepadanya, ada yang Dia menaikkan
darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti- bukti yang jelas serta mengukuhkannya
dengan Roh Suci. Firman-Nya: "Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami
melebihkan di atas sebahagian yang
lain. Sebahagian ada yang kepadanya
Allah berkata-kata, dan sebahagian
Dia menaikkan darjat. Dan Kami
memberikan Isa putera Mariam bukti- bukti yang jelas, dan Kami
mengukuhkan dia dengan Roh Qudus
(Suci)." (2:253) Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah
untuk membeza-bezakan antara para rasul
dan Nabi. Larangan itu berbunyi, "Katakanlah, 'Kami percaya kepada
Allah, dan apa yang diturunkan
kepada kami, dan apa yang diturunkan
kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak,
dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa
yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi
daripada Pemelihara mereka. Kami
tidak membeza-bezakan seorang pun
antara mereka, dan kepada-Nya kami
muslim.'" (2:136) Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul
dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa
dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai
Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi
Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang
berhak membuat hukum agama. Ajaran Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda
diberi sebuah Kitab, Injil, yang
mengandungi petunjuk dan cahaya untuk
menjadi pegangan Bani Israil. Selain
menyuruh Bani Israil menyembah Allah
dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang
diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah
menjelaskannya di sini, berbunyi: "Dan Kami mengutus, menyusuli
jejak-jejak mereka, Isa putera
Mariam, dengan mengesahkan Taurat
yang sebelumnya; dan Kami
memberinya Injil, di dalamnya
petunjuk dan cahaya," (5:46) dan, "Aku (Isa) hanya mengatakan kepada
mereka apa yang Engkau
memerintahkan aku dengannya:
'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan
Pemelihara kamu.'" (5:117) Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat)
ialah berita mengenai kedatangan seorang
Nabi berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga
bagi orang-orang yang berperang di jalan
Allah (9:111). Janji itu juga didapati di dalam Taurat dan al-Qur'an. Ketika baginda diutus, manusia sedang
berselisih dalam hal agama. Maka
kedatangannya adalah juga untuk
memperjelaskan apa yang diperselisihkan.
Firman Allah: "dia (Isa) berkata, 'Aku datang kepada
kamu dengan kebijaksanaan, dan
supaya aku memperjelaskan kepada
kamu sebahagian apa yang dalamnya
kamu memperselisihkan; maka kamu
takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.'" (43:63) Baginda juga memberitahu tentang
kedatangan seorang rasul selepas baginda,
yang namanya akan dipuji. Ayat yang
mengisahkannya berbunyi: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku
(Isa) rasul Allah kepada kamu,
mengesahkan Taurat yang sebelum
aku, dan memberi berita gembira
dengan seorang rasul yang akan
datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).” (61:6) Pengikut setia Seperti Nabi atau Rasul yang lain, baginda
mempunyai pengikut-pengikut yang setia
dan juga yang tidak setia atau yang
menentang. Pengikut-pengikutnya yang
setia percaya kepada Allah dan kepadanya.
Mereka adalah muslim. Firman Allah: "Dan ketika Aku mewahyukan
pengikut-pengikut yang setia,
'Percayalah kepada-Ku, dan rasul-
Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya,
dan saksilah Engkau akan kemusliman
kami.'" (5:111) Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi
penolong-penolong, bukan baginya tetapi
bagi Allah. Firman-Nya: "Berkatalah pengikut-pengikutnya
yang setia, 'Kami akan menjadi
penolong-penolong Allah; kami
percaya kepada Allah, dan saksilah
kamu akan kemusliman kami.'" (3:52) Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia
Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad.
Semuanya menjadi penolong-penolong
Allah, untuk melaksana dan
menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah: "Wahai orang-orang yang percaya,
jadilah kamu penolong-penolong
Allah, sebagaimana Isa putera Mariam
berkata kepada pengikut-pengikut
yang setia, 'Siapakah yang akan
menjadi penolong-penolong aku bagi Allah?' Pengikut-pengikut yang setia
berkata, 'Kami akan menjadi
penolong-penolong Allah.'" (61:14) Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut
Nabi Isa yang setia memerlukan bukti
selanjut untuk megesahkan kebenarannya
dan supaya hati mereka menjadi tenteram.
Untuk itu mereka memohon sebuah meja
hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini: "Dan apabila pengikut-pengikut yang
setia berkata, 'Wahai Isa putera
Mariam, bolehkah Pemelihara kamu
menurunkan kepada kami sebuah meja
hidangan dari langit?' Dia (Isa) berkata, 'Kamu takutilah
Allah, jika kamu orang-orang
mukmin.' Mereka berkata, 'Kami menghendaki
untuk memakan daripadanya, dan hati
kami menjadi tenteram, supaya kami
mengetahui bahawa kamu berkata
benar kepada kami, dan supaya kami
adalah antara para saksinya.'" (5:112-113) Justeru itu, Isa memohon kepada Allah, "Ya Allah, Pemelihara kami,
turunkanlah kepada kami sebuah meja
hidangan dari langit, yang akan
menjadi bagi kami satu perayaan, yang
pertama dan yang akhir bagi kami, dan
satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami;
Engkau yang terbaik daripada
pemberi-pemberi rezeki." (5:114) Allah mengabulkan permintaannya.
Lantas, meja hidangan yang turun menjadi
satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia
juga menjadi nama sebuah surah di dalam
al-Qur'an, iaitu surah kelima, al-Maidah. Mukjizat Selain daripada kelahiran yang luar biasa
dan meja hidangan, Nabi Isa telah
dikurniakan dengan beberapa mukjizat
lain. Ayat berikut menjelaskannya: "Ketika Allah berkata, 'Wahai Isa
putera Mariam, ingatlah akan rahmat-
Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu
kamu, apabila Aku mengukuhkan
kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ..... dan
apabila kamu mencipta daripada tanah
liat, dengan izin-Ku, yang seperti
bentuk burung, dan kamu
menghembuskan ke dalamnya, lalu
jadilah ia seekor burung, dengan izin- Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan
orang yang mati, dengan izin-Ku' ..... lalu orang-orang yang tidak percaya
antara mereka berkata, 'Tiadalah ini,
melainkan sihir yang nyata.'" (5:110) Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi
satu mukjizat, manusia ditegah daripada
berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih
mulia daripada Nabi Muhammad. Kerana,
seperti yang sudah maklum, amalan
membeza-beza para Nabi dan Rasul dilarang Allah. (Sila rujuk Tidak Mempercayai Mukjizat Nabi?) Wafat Tidak seperti kepercayaan sesetengah
orang iaitu Nabi Isa tidak wafat semasa
disalib tetapi diangkat naik ke langit.
Sebenarnya, Nabi Isa telah wafat di bumi,
namun bukan disalib. Baginda telah wafat
selepas peristiwa penyaliban ke atasnya di sebuah tempat lain yang tidak diceritakan
di dalam al-Qur'an. Besar kemungkinan
baginda telah melarikan diri dari tempat
baginda dijatuhkan hukum. Bukti yang menunjukkan baginda telah
wafat di bumi terdapat pada ayat-ayat
berikut: "Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa,
Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku
membersihkan kamu daripada orang-
orang yang tidak percaya .....'" (3:55) "Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas
mereka selama aku di kalangan
mereka; tetapi setelah Engkau
mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka;
Engkau saksi atas segala
sesuatu." (5:117) Akan tetapi, sebahagian daripada kaum
Bani Israil mengatakan bahawa mereka
telah membunuhnya disalib. Allah
mengatakan yang sebaliknya pula. Apa
yang berlaku hanya satu kesamaan sahaja.
Firman-Nya: "ucapan mereka, 'Kami telah
membunuh al-Masih, Isa putera
Mariam, rasul Allah.' Tetapi mereka
tidak membunuhnya, dan tidak juga
menyalibnya, tetapi hanya satu
kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih
mengenainya benar-benar dalam
keraguan terhadapnya; mereka tidak
ada pengetahuan mengenainya, kecuali
mengikuti sangkaan; mereka tidak
membunuhnya, yakinlah." (4:157) Telah wujud lagi kepercayaan terhadap
Nabi Isa yang tidak disahkan Allah di
dalam al-Qur'an, iaitu baginda akan
muncul lagi di bumi buat kali kedua. Itu
tidak benar. (Sila rujuk artikel Menanya Ustaz: kedatangan Imam Mahadi & Nabi
Isa dan Imam Mahadi di ruangan Soalan Lazim. Terima kasih.) Terpesong Setelah Isa wafat, beberapa perkara telah
berlaku. Pertama, orang-orang yang
mengaku pengikut baginda telah
menubuhkan sistem berahib, atau
berpaderi, atau sistem berulama dalam
agama. Sistem itu tidak dianjurkan oleh Allah. Firman-Nya: "Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang
mereka reka - Kami tidak menuliskan
(menetapkan) untuk mereka" (57:27). Kemudian, antara mereka bersetuju untuk
mengangkat Nabi Isa sebagai Tuhan atau
anak Tuhan, mungkin kerana kelahiran
yang luar biasa dan mukjizat-
mukjizatnya. Mereka yang berbuat
demikian telah terpesong dalam kepercayaan lalu menjadi kafir. Firman-
Nya: "Merekalah orang-orang yang tidak
percaya (kafir), yang berkata,
'Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-
Masih putera Mariam'" (5:17), dan "orang-orang Kristian berkata, 'Al-
Masih ialah putera Allah.' Itu adalah
ucapan daripada mulut mereka,
menurut ucapan orang-orang yang
tidak percaya sebelum mereka. Allah
memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?" (9:30) Satu bukti telah didatangkan Allah untuk
menunjukkan kepalsuan kepercayaan
mereka. Buktinya adalah pada amalan
memakan makanan, berbunyi: "Al-Masih, putera Mariam, hanyalah
seorang rasul; rasul-rasul sebelum dia
telah berlalu. Ibunya seorang wanita
yang benar; mereka berdua makan
makanan. Perhatikanlah bagaimana
Kami memperjelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian
perhatikanlah bagaimana mereka
berpaling." (5:75) Nabi Isa dan ibunya makan makanan.
Tetapi Tuhan tidak makan. Kalau Dia
makan tentu Dia mempunyai sebuah "pintu
kecil" untuk mengeluarkan makanan yang
tidak diperlukan lagi. Tuhan tidak ada
pintu tersebut seperti yang terdapat di bahagian belakang badan manusia atau
haiwan. Sekiranya hujah itu disampaikan kepada
orang-orang yang mempercayai Nabi Isa
itu Tuhan atau anak-Nya, tentu mereka
akan berpaling juga dan tetap dengan
kepercayaan mereka. Begitulah manusia
dengan kepercayaan agamanya. Mereka lupa menggunakan akal. Akhirat Kepercayaan serupa itu sungguh berat di
sisi Allah sehingga Nabi Isa akan ditanya
di akhirat. Baginda akan ditanya sama ada baginda telah menyatakan bahawa baginda
dan ibunya adalah tuhan-tuhan selain
daripada Allah. Pertanyaan-Nya berbunyi: "Wahai Isa putera Mariam, adakah
kamu mengatakan kepada manusia,
'Ambillah aku dan ibuku sebagai
tuhan-tuhan selain daripada
Allah'?" (5:116) Nabi Isa akan menjawab: "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah
bagiku untukku mengatakan apa yang
aku tiada hak dengannya. Jika aku
mengatakannya, Engkau
mengetahuinya, dengan mengetahui
apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam
jiwa Engkau; sesungguhnya
Engkaulah yang mengetahui yang
ghaib." (5:116) Jawapannya bersambung lagi: "Aku hanya mengatakan kepada
mereka apa yang Engkau
memerintahkan aku dengannya:
'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan
Pemelihara kamu.' Dan aku seorang
saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah
Engkau mematikan aku, Engkau
Sendiri adalah penjaga ke atas mereka;
Engkau saksi atas segala
sesuatu." (5:117) Nabi Muhammad juga akan ditanya di
akhirat atas sesuatu yang amat berat juga.
Baginda ditanya mengenai sambutan
kaumnya terhadap al-Qur'an. Jawapan
baginda berbunyi: "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya
kaumku mengambil al-Qur'an ini
sebagai suatu yang tidak
dipedulikan." (25:30) Itulah yang berlaku pada hari ini. Ajaran
al-Qur'an tidak dipedulikan. Namun, masa
masih ada untuk semua kembali kepada
ajaran al-Qur'an.


HOME

The Soda Pop